Hubungan diplomatik Argentina, Perancis semakin tegang

Hubungan diplomatik Argentina, Perancis semakin tegang


Buenos Aires: Buenos Aires memohon maaf kepada Perancis selepas naib presiden Argentina menggelar negara Eropah itu sebagai “penjajah” dan rakyatnya “hipokrit” dalam pertengkaran berhubung dakwaan nyanyian berbaur perkauman oleh pemain bola sepak Argentina.

Wakil dari pejabat presiden Javier Milei berkata, mereka sudah menghantar seorang pegawai kanan ke kedutaan Perancis untuk menjelaskan bahawa kenyataan yang diperkatakan oleh Victoria Villarruel di media sosial dibuat atas kapasiti peribadinya.

Fifa mengumumkan siasatan terhadap laungan yang dinyanyikan oleh pemain Argentina, termasuk pemain tengah Chelsea dan Argentina, Enzo Fernandez, 23, selepas mereka memenangi Copa America.

Nyanyian tersebut dapat didengari menerusi siaran langsung yang dimuat naik di media sosial oleh Fernandez dari bas pasukan selepas kemenangan Copa menentang Colombia di Miami pada Ahad lalu.

Lagu itu menyasarkan penyerang bintang Perancis Kylian Mbappe di antara yang lain dan mengandungi penghinaan bersifat perkauman dan homofobik.

Fernandez sudahpun memohon maaf, tetapi Chelsea melancarkan prosedur tatatertib dalaman terhadapnya. Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) membuat aduan kepada Fifa.

Pada hari Rabu, Villarruel menyatakan sokongan kepada Fernandez di X, dengan berkata: “Tiada negara penjajah yang akan menakut-nakutkan kami kerana nyanyian di stadium atau kerana menyuarakan kebenaran yang mereka tidak mahu mengakui. Cukuplah dengan pura-pura marah, hipokrit.”

Insiden diplomatik itu berlaku beberapa hari sebelum Milei dijangka pergi ke Paris untuk menghadiri majlis perasmian Sukan Olimpik.

“Hubungan diplomatik dengan Perancis adalah utuh,” kata jurucakap presiden, Manuel Adorni.

Setiausaha bahagian sukan Argentina, Julio Garro, dipecat dari jawatannya minggu ini selepas mengatakan bahawa kapten Lionel Messi dan Persatuan Bola Sepak Argentina sepatutnya meminta maaf atas nyanyian itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top