Hujan lebat cetus banjir kilat di Kuching

Hujan lebat cetus banjir kilat di Kuching


mdroji@bh.com.my

Kuching : Hujan lebat sejak tengah malam tadi mencetus banjir di beberapa kawasan rendah di pinggir bandar raya ini.

Difahamkan air mula memasuki rumah penduduk kira-kira jam 1.30 pagi dan keadaan bertambah membimbangkan apabila hujan masih berterusan sehingga pagi ini.

Antara kawasan terjejas termasuk beberapa penempatan di Batu Kawa antaranya Taman Desa Wira dan Kampung Sinar Budi Baru.

Sehingga jam 6.30 pagi kira-kira 100 kediaman di kawasan berkenaan dinaiki air dengan ramai penduduk tidak sempat menyelamatkan barang-barang berikutan air naik dengan cepat.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian banjir itu pada jam 5.08 pagi.

“Seapsukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang diarah ke lokasi sejurus menerima panggilan itu.

“Ada penduduk memohon bantuan dipindahkan ke kawasan selamat selepas kediaman mereka dinaiki air,” katanya.

Bagaimanapun katanya, jumlah sebenar penduduk yang dipindahkan masih belum diperolehi.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top