Ahli kumpulan Floor 88 yang juga pelakon, Eric Fuzi menyorot perhatian apabila berkongsi situasi kewangan yang dihadapinya kini susulan hutang tidak berbayar melibatkan jumlah mencecah RM51,000.00.
Menerusi satu perkongsian di Threads, Eric secara terbuka meluahkan rasa kecewa apabila wang tersebut masih belum dilunaskan, sekali gus memberi kesan kepada kewangan peribadinya.
“Total balance orang hutang kita RM 51K. Total duit dalam akaun sekarang RM 125.65,” luahnya.
Lebih menyedihkan, Eric turut menyenaraikan pelbagai alasan yang sering diterimanya daripada individu tersebut.
“Next payment masuk…”Next Week/sedang proses/sekejap lagi malam aku roger kau/seen/tak angkat call”, katanya.
Sedar dengan tindakan tidak bertanggungjawab itu, Eric secara berseloroh mengakui terpaksa berjimat cermat dan mengikat perut.
“Okay lah minggu ni auto diet. “Ya Allah, permudahkan lah segala urusan hambamu yang kecil ini walaupun badan dia besar”, selorohnya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, rata-rata rakan selebriti termasuklah pengikutnya mendoakan agar urusan Eric dipermudahkan.










