Pelakon Daler Yusof menafikan dakwaan kononnya dia sengaja masuk campur dalam isu membabitkan Puteri Balqis dan Mia Sara Nasuha, sebaliknya menegaskan pendiriannya yang menolak sebarang bentuk buli dalam kalangan masyarakat.
Penjelasan itu dibuat Daler susulan kritikan seorang individu yang mempersoalkan tindakannya sebelum ini.
“Saya sumpah tak faham kenapa Daler Yusof tiba tiba join campur hal Balqis dengan Mia Sara tu. Boleh tak diam diam je hidup sendiri,” katanya.

Mengulas lanjut, Daler menjelaskan, niatnya hanyalah untuk menyokong mangsa dan menegur budaya buli yang semakin berleluasa, khususnya di media sosial.
Dalam pada itu, dia juga turut menegaskan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyebelahi atau menyerang mana-mana pihak, sebaliknya sekadar mengingatkan soal adab dan tutur kata.
“Salam Lyana, Saya totally support Balqis dan saya sangat tak suka bila orang buli orang lain, sama ada online atau depan-depan. I’m totally against bullying.
“I said nothing about Mia Sara or Balqis. Intention saya cuma nak ingatkan sebagai lelaki, kita kena jaga bahasa dan adab bila bercakap pasal perempuan, walaupun dia jahat sejahat mana pun. Tak boleh rude. Itu je,” jelasnya.
Terdahulu, isu membabitkan Puteri Balqis dan Mia Sara mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen, sekali gus mengundang pelbagai reaksi termasuk kritikan, sokongan dan peringatan daripada rakan selebriti.
ARTIKEL BERKAITAN:“Jangan Guna Agama Nak Tunjuk Baik” – Puteri Balqis Bidas Kenyataan Daler Yusof, Pertahan Ayah Tiri
ARTIKEL BERKAITAN:“Jangan Jadi Kambing Hitam” – Puteri Balqis Seru Mangsa Buli Bangkit Melawan






