July 27, 2024

Ibadah korban di Tanah Suci ditetapkan RM858

Ibadah korban di Tanah Suci ditetapkan RM858



bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) bersama Islamic Development Bank di Arab Saudi (IDB) menetapkan harga ibadah korban RM858 bagi seekor kibas untuk musim haji 1445H/2024M.

Ketua Rombongan Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata IDB bersetuju menawarkan harga lebih rendah untuk seekor kibas iaitu turun sebanyak RM78 berbanding RM936 sebelumnya.

“IDB bersetuju menawarkan harga yang lebih rendah dengan mengambil kira hubungan baik antara TH dengan IDB serta komitmen kedua-dua pihak sejak lebih sedekad yang lalu.

“Perubahan harga korban ini adalah hasil rundingan berterusan oleh TH bersama IDB bagi mendapatkan harga yang lebih baik bagi jemaah haji Malaysia.

“Malah, akad asal juga masih terpakai dengan penurunan harga ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sehubungan itu, TH akan menyelaras semula akaun simpanan TH bakal haji dan pendeposit yang telah membuat pembayaran penyertaan ibadah korban Tanah Suci sebelum ini dengan mengambil kira perubahan harga yang ditawarkan oleh pihak IDB.

TH menawarkan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk para bakal jemaah haji yang akan melaksanakan Rukun Islam kelima pada musim haji tahun 1445H/2024.

Bagi menggunakan perkhidmatan pembayaran dam dan korban, bakal-bakal haji dan pendeposit TH perlu mendaftar sebagai pengguna THiJARI melalui pautan www.thijari.com.my.

Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-62071919; Faks: 03-77284959 dan emel ke th-info@lth.gov.my.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top