Ibadah Umrah ‘Mewah’ Curi Tumpuan, Netizen Puji Neelofa Beruntung – “Memang Patut Melabur Bila Banyak Duit”

Ibadah Umrah ‘Mewah’ Curi Tumpuan, Netizen Puji Neelofa Beruntung – “Memang Patut Melabur Bila Banyak Duit”

Ibadah Umrah ‘Mewah’ Curi Tumpuan, Netizen Puji Neelofa Beruntung – “Memang Patut Melabur Bila Banyak Duit”


Usahawan dan selebriti, Noor Neelofa mencuri perhatian apabila berkongsi momen-momen ketika menjalankan ibadah Umrah bersama suami tercinta, PU Riz.

Menerusi perkongsian di TikTok miliknya, Neelofa atau nama lengkapnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 36, meluahkan rasa syukur apabila urusan ibadah Umrahnya itu dipermudah.

“Alhamdulillah ‘ala kulli hal walaupun penat, hati rasa tenang sangat. Semoga setiap langkah, doa, diterima di sisi Allah,” katanya.

Video tersebut meraih pelbagai reaksi netizen di mana rata-rata daripada mereka tertumpu kepada bilik penginapan Neelofa dan PU Riz yang dikatakan sangat mewah, besar dan berada berdekatan dengan Tanah Suci Kota Makkah.

Dalam masa sama, netizen turut membanjiri ruangan komen tersebut dengan menzahirkan ucapan doa, agar mereka juga dikurniakan rezeki melimpah ruah agar berpeluang untuk merasai pengalaman sama seperti Neelofa.

@neelofa

‎ما شاء الله ‎اللهم بارك First full day of our umrah trip 🕋 Alhamdulillah ‘ala kulli hal walaupun penat, hati rasa tenang sangat. Semoga setiap langkah, setiap doa, diterima di sisi Allah. ‎اللهم ارزقنا عمرةً مبرورةً وسعياً مشكوراً (Ya Allah, kurniakanlah kepada kami umrah yang diterima dan sa‘i yang diberi ganjaran.)

♬ Allahumma Labaik – Sabyan





Source link

OR

Scroll to Top