Ibu, anak dipercayai dibunuh dalam keadaan mengerikan

Ibu, anak dipercayai dibunuh dalam keadaan mengerikan


am@hmetro.com.my

Juru: Wanita dan anaknya ditemui maut dipercayai dibunuh di rumah sewa mereka di sebuah kampung di sini, hari ini.

Difahamkan, mayat wanita itu dan anak perempuannya berusia 11 tahun ditemui suaminya pada jam 7.30 malam.

Turut difahamkan mayat wanita ditemui di bahagian dapur rumah dalam keadaan mengerikan dengan kepala hampir putus, manakala anak perempuan di tingkat atas rumah dalam keadaan berlumuran darah.

Setakat ini, polis sedang menjalankan siasatan di tempat kejadian.

Sementara itu, seorang jiran mangsa yang enggan dikenali berkata, pasangan terbabit baru menyewa rumah berkenaan dan kanak-kanak itu adalah anak tiri lelaki terbabit.

“Kami mengetahui kejadian selepas lelaki itu memaklumkan dalam kumpulan WhatsApp penduduk,” kata jiran berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

“Insiden melibatkan mangsa mangsa wanita berusia 51 tahun dan anak berusia 11 tahun. Siasatan lanjut masih diteruskan pihak polis,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top