Ibu kepada penyanyi bersuara lunak, Hafiz Suip iaitu, Halizawati Salleh, 62, dilaporkan meninggal dunia pada Isnin.
Khabar duka itu dikongsikan sendiri oleh Hafiz menerusi hantaran terkini di laman Facebook miliknya.
“Innalillahwaiinailaihirrojiun. Hilangnya doa seorang ibu,” tulisnya ringkas.

Menurut sumber, arwah menghembuskan nafas terkahir pada jam 9.40 malam di sebuah Hospital Umum Kuching, Sarawak.
Menjengah ke ruangan, rata-rata rakan artis dan peminat menzahirkan ucapan takziah dan mendoakan agar segala urusan pengkebumian dipermudahkan.



Sebelum ini, Hafiz memaklumkan, kaki ibunya terpaksa dipotong akibat penyakit tersebut sudah berkait dengan masalah organ lain serta tahap kencing manis yang terlalu tinggi.
ARTIKEL BERKAITAN:Hafiz Suip Rancang Tempah Kaki Palsu Buat Ibu Tersayang
ARTIKEL BERKAITAN:Terpaksa Berjauhan Dengan Isteri & Anak-Anak, Hafiz Suip Kini Menetap Di Kuching Demi Jaga Ibu Atas Masalah Kesihatan
ARTIKEL BERKAITAN:Dedah Sebab Delete Akaun Instagram, Hafiz Suip Dah Malas Jadi Hipokrit – “Kecaman Agak Ketara Antara…”
ARTIKEL BERKAITAN:Isu Fitnah Rumah Tangga, Hafiz Suip Minta Netizen Jangan Menyibuk! -“Kau Orang Tak Ada Hak Pun Nak Tahu Pasal Urusan Peribadi Saya”






