Ibu kepada Dr Afifah Hidayah iaitu Dr Zailah Zainudin dilihat ada memuat naik hantaran menyentuh hati di media sosial.
Menerusi hantaran itu, Dr Zailah meluahkan perasaannya sebagai ibu yang setia menemani anak perempuannya ketika di fasa sukar.
BACA: “Baju Masih Dalam Kotak” – Dr Fie Mohon Maaf Isu Penampilan Di Mahkamah

Menurut Dr Zailah lagi, dia akan sentiasa mendoakan buat anaknya itu agar terus bangkit selepas melalui fasa perceraian.
Tambah Dr Zailah, ianya bukan soal dendam tetapi ianya berkenaan hak dan maruah yang perlu dipertahankan serta mendoakan agar dipermudahkan urusan anaknya.
“Ibu meneman bukan kamu gentar, tapi tanda ibu ada dikala sukar, Dulu kamu sentiasa mengharap, Kini langkahmu semakin tegap,
“Teruslah berdiri, doa ibu sentiasa mengiringi. Perjuangan wanita selepas penceraian, bukan soal dendam, tetapi soal hak, maruah, dan masa depan,” tulisnya.






