ANEMIA kekurangan zat besi (IDA) adalah keadaan kesihatan yang menjejaskan jutaan kanak-kanak di seluruh dunia, dan Malaysia turut tidak terkecuali.
Statistik mendedahkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia di bawah usia tiga tahun mengalami risiko anemia*. IDA merupakan punca utama anemia.
Ini boleh memberi kesan ketara kepada perkembangan kanak-kanak dari segi mental dan fizikal.
IDA berlaku apabila tubuh tidak mempunyai zat besi yang mencukupi.
Selain itu, zat besi adalah mineral yang penting untuk menghasilkan sel darah merah di mana ia berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan dan memainkan peranan penting untuk tumbesaran dan perkembangan otak.
Dalam keadaan di mana tahap zat besi adalah rendah, badan kurang menghasilkan sel darah merah dan seterusnya boleh mengakibatkan gejala seperti berikut:
- Kulit atau bibir pucat
- Mudah berasa letih atau lesu
- Sukar menumpukan perhatian
- Kurang selera makan
- Sesak nafas semasa melakukan aktiviti fizikal
Pengesanan dan intervensi awal adalah kunci mengatasi IDA kerana ia boleh menjejaskan pembelajaran dan pertumbuhan keseluruhan si manja.
Ia adalah penting untuk ibu bapa membekalkan diet seimbang serta mendidik dan memupuk amalan pemakanan sihat bagi mengelakkan masalah IDA.
*Jalaludin MY et al. (2023). 38th Nutrition Society of Malaysia Scientific Conference, Kuala Lumpur, Malaysia.
Berikan anak nutrien yang tepat
Zat besi adalah nutrien penting untuk kanak-kanak terutamanya di peringkat awal perkembangan mereka.
Ibu bapa perlu memastikan si manja mendapat zat besi yang mencukupi dengan membekalkan makanan yang kaya dengan zat besi.
Selain itu, zat besi boleh diperolehi dalam dua bentuk iaitu heme dan bukan heme.
Zat besi heme terdapat dalam makanan dari sumber haiwan seperti daging, ikan dan haiwan ternakan lain.
Manakala zat besi bukan heme kebanyakannya berasal daripada sumber tumbuhan dan terdapat dalam biji-bijian dan sayur-sayuran.
Kajian juga menunjukkan bahawa vitamin C boleh meningkatkan penyerapan zat besi.
Justeru itu, adalah digalakkan untuk menggabungkan setiap makanan ini dengan makanan yang kaya dengan vitamin C bagi meningkatkan lagi penyerapan zat besi.
Amalkan juga pengambilan kekacang dan bijian seperti kacang kuda, gajus, biji labu dan biji sawi kerana ia bukan sahaja berkhasiat malah sumber yang kaya dengan zat besi berasaskan tumbuhan.
Ibu bapa juga boleh membekalkan si manja dengan bijirin yang diperkaya dengan zat besi.
Walau bagaimanapun, pengambilan makanan sahaja mungkin tidak mencukupi untuk sesetengah kanak-kanak.
Menyedari cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa di Malaysia untuk memerangi IDA, Dugro®️ tampil menyediakan formula untuk kanak-kanak yang kaya dengan nutrien penting bagi menyokong potensi pertumbuhan kanak-kanak.
Dugro®️ NextGen NUTRI diperkaya dengan Zat Besi Aktif, kombinasi unik zat besi dengan vitamin C membantu 3X penyerapan*.
Tiga gelas Dugro® NextGen NUTRI setiap hari dapat membekalkan 100 peratus pengambilan zat besi yang disyorkan^ untuk kanak-kanak berusia 1 hingga 3 tahun.
Ia juga dilengkapi dengan nutrien penting lain, termasuk DHA, kalsium dan 21 vitamin dan mineral, Dugro® NextGen NUTRI yang menyokong perkembangan 360° si manja dan juga melindungi mereka daripada risiko IDA agar si manja menjadi lebih lagi.
*Dengan kombinasi optimum nisbah Vitamin C: Zat Besi antara 3 dan 4, dalam lingkungan yang disyorkan oleh WHO untuk meningkatkan penyerapan Zat Besi.
^3 gelas Dugro 3 memberi 100% pengambilan harian Zat Besi (RNI Malaysia 2017) untuk kanak-kanak 1-3 tahun
Ujian saringan percuma
Komited untuk menyokong keperluan kesihatan dan pemakanan kanak-kanak Malaysia, Dugro® mengadakan roadshow IDA bagi mendidik ibu bapa mengenai risiko dan kesan IDA terhadap pertumbuhan dan perkembangan anak.
Di acara tersebut, ibu bapa berpeluang membawa anak-anak berumur 1 hingga 10 tahun untuk menjalani pemeriksaan anemia bukan invasif secara percuma.
Sementara itu, ibu bapa juga boleh menjalani saringan pengambilan zat besi dalam talian bagi membantu menentukan sama ada anak berisiko mengalami IDA atau tidak.
Saringan pengambilan zat besi secara dalam talian ini mudah digunakan dan terdiri daripada tujuh soalan yang berkaitan dengan pengambilan makanan yang mengandungi zat besi.
Kenal pasti risiko IDA si manja di pautan ini.
Bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan pencegahan dan rawatan IDA, Dugro dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Binti Shukri, akan mengadakan Karnival Generasi Kuat Zat Besi 2024.
Bakal berlangsung pada 26 September 2024 dari jam 10.30 pagi hingga 7.00 petang di IWK Eco Park @ Pantai Dalam, di mana pelbagai aktiviti menarik telah diaturkan bagi memeriahkan karnival ini.
Antaranya pertandingan mewarna, permainan sensori, saringan IDA, pemeriksaan berat badan dan ketinggian, pemberian ais krim Dugro secara percuma serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik daripada penaja.
Untuk maklumat lanjut mengenai Dugro dan pilihan susu terbaik untuk anda anda, klik SINI atau ikuti Dugro di Facebook.
© New Straits Times Press (M) Bhd