Paris: Iga Swiatek lancar misi kejuaraan keempat berturut-turut di Roland Garros dengan kemenangan 6-3, 6-3 ke atas pemain Slovakia, Rebecca Sramkova.
Iga melanjutkan rekod kemenangan berturut-turut di Roland Garros kepada 22 perlawanan namun kedudukannya jatuh ke tangga kelima dunia selepas mengalami kemarau kejuaraan selama setahun.
Pemain Poland itu mematahkan servis lawan untuk mendahului 4-3 selepas permainan ketujuh yang panjang, dan sekali lagi berbuat demikian untuk menutup set pertama di Court Philippe Chatrier.
Dia ketinggalan 0-2 pada permulaan set kedua tetapi berjaya menyamakan kedudukan sebelum mematahkan servis sekali lagi untuk menewaskan pemain yang berada di ranking ke-42 itu.
© New Straits Times Press (M) Bhd