TUANKU Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan beramah mesra bersama warga UniSIRAJ pada Majlis Pemasyhuran UniSIRAJ baru-baru ini. Foto Bernama
PROGRAM Sarjana Muamalat dan Kewangan Islam serta Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Halal antara program baharu ditawarkan di Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) pada Februari tahun depan.
Naib Canselor UniSIRAJ, Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle berkata, pada masa ini pihak universiti masih menunggu kelulusan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk menawarkan program berkenaan.
“Program hadis menunjukkan permintaan tinggi dan sedang dikaji bagi pembukaan laluan baharu di peringkat diploma, sarjana dan doktor falsafah,” katanya pada sidang media selepas Istiadat Konvokesyen Kali Ke-8 UniSIRAJ di Kangar baru-baru ini.
Turut berangkat pada istiadat konvokesyen sehari itu Raja Muda Perlis yang juga Canselor UniSIRAJ Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Seramai 361 graduan menerima diploma dan ijazah masing-masing sekali gus menjadi kumpulan pertama bergraduasi di bawah nama UniSIRAJ selepas pemasyhuran universiti itu disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
UniSIRAJ dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) sebelum dinaik taraf menjadi universiti. – Bernama
Ringkasan AI
- PROGRAM Sarjana Muamalat dan Kewangan Islam serta Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Halal antara program baharu ditawarkan di Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin pada Februari tahun depan Naib Canselor UniSIRAJ menyatakan sedang menunggu kelulusan Agensi Kelayakan Malaysia untuk menawarkan program tersebut Program hadis menunjukkan permintaan tinggi dan sedang dikaji bagi pembukaan laluan baharu di peringkat diploma, sarjana dan doktor falsafah Seramai 361 graduan menerima diploma dan ijazah menjadi kumpulan pertama bergraduasi di bawah nama UniSIRAJ UniSIRAJ dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Perlis sebelum dinaik taraf menjadi universiti






