Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah berkata dia dan suaminya iaitu Ijoy Azhari bekerja keras untuk keluarga.
Memetik Harian Metro, Sharifah Shahirah atau lebih mesra dipanggil Shiera berkata suaminya bukan berasal dari keluarga kaya.
BACA: “Kerja Dia Menyenangkan Hati Saya” – Shiera Jawab Dakwaan Suami Tidak Bekerja
Difahamkan, Shiera menjawab mengenai Ijoy apabila ada yang mendakwa suaminya tidak bekerja. Menurut Sheira lagi, dia juga bukan dari keluarga berada dan lebih suka menjalani kehidupan mengikut kemampuan sendiri.
“Saya juga bukan anak orang kaya dan bukan jenis ‘high maintenance’. Saya pun suka tengok beg tangan dan pergi ‘shopping’ (beli-belah) tapi ia bukan keutamaan, kalau ada rezeki lebih saya belilah.
“Kita juga kena tahu kedudukan di mana kerana kalau tak pandai jaga ‘financial’ (kewangan) memang ‘melingkup’ dan bergaduh laki bini,” katanya.
Sementara itu, Shiera berkata pergaduhan dalam rumah tangga adalah perkara biasa lebih-lebih lagi membabitkan hal kewangan.
“Jangan cakap saya tak pernah bergaduh dengan suami tentang hal duit. Memang dia (Ijoy) ‘declare’ tak bekerja maksudnya tidak ada majikan.
“Tapi suami ada gerai dan cukuplah untuk makan dan pakai serta beli beras. Saya pun tak minta dia belikan gelang emas penuh sampai lengan,” katanya.
Dalam pada itu, Shiera berkata apa yang penting baginya dia mahu suami sentiasa berada di sisinya serta sentiasa membantu.
“Kita kena buat sesuatu untuk jadikan rumah tangga bahagia. Maksudnya, kita faham antara satu sama lain. Ada orang nak suami kaya tapi tak dapat berada di sisi. Maksudnya, suami yang sentiasa ada untuk mendengar, membantu mengangkat beg dan sebagainya,” katanya.
Sumber: Harian Metro






