Ili Ruzzana sertai Hitz Morning Crew

Ili Ruzzana sertai Hitz Morning Crew


KUALA LUMPUR : Selebriti, Ili Ruzzana, dipilih sebagai penyampai radio untuk mengemudi segmen Hitz Morning Crew bersama Anne dan Prem bermula hari ini.

Pemilihan itu dibuat selepas HITZ yakin dengan
pengalaman Ili mampu mengendalikan HITZ Tonight secara bersahaja sejak tiga tahun lalu.

Pengurus Jenama HITZ, Navin berkata, Ili mempunyai kriteria unik untuk bersama dengan Anne dan Prem untuk mengendalikan segmen pagi itu.

Katanya, Ili juga mahir berbicara dan berinteraksi dengan pendengar setia HITZ dalam apa jua topik yang diketengahkan.

“Ili mempunyai pengalaman dalam indusri radio sekitar lapan tahun, saya yakin dengan
kemampuannya untuk mengendalikan segmen pagi tersebut kerana Ili mempunyai pengikut
tersendiri.

“Anne dan Prem akan membimbing Ili untuk memastikan segmen pagi itu terus kekal
menjadi pilihan pendengar setia HITZ.

“Sementara itu, untuk segmen HITZ Tonight akan digan kan dengan penyampai lain iaitu Arka,”katanya.

Terdahulu Arka adalah penyampai radio sambilan HITZ dan pemilihan itu selepas mendapat persetujuan dengan pihak pengurusan ter nggi kami.

“Apa-apa pun, HITZ akan sentiasa memberikan sentuhan yang terbaik agar pendengar kami
kekal terhibur dengan informasi terbaik serta memainkan lagu-lagu terkini.

“HITZ juga turut mengalu-alukan apa juga pandangan dan komen daripada pendengar agar kami dapat memperbaikinya dari masa ke masa,”katanya.





Source link

OR

Scroll to Top