Pengacara, Fedtri Yahya, mengulas mengenai gaji seorang imam tarawih yang didakwa lebih tinggi daripada biasa sepanjang bulan Ramadan.
Menurut Fedtri atau nama lengkapnya Ahmad Fedtri Yahya, 45, mereka yang menjadi imam juga sama seperti orang lain bekerja dan berusaha mencari rezeki untuk menyara kehidupan.
“Imam juga manusia bekerja, rezeki tambahan makmurkan keluarga.
“Mana yang lebih dibuat tabungan menuju baitullah tempat idaman.
“Orang lain dijunjung megah, ahli agama berdepan mehnah. Sebulan sekali rezeki mencurah berkah memimpin makmum pemurah,” katanya.

Beliau menegaskan, hanya sebulan dalam setahun iaitu di bulan Ramadan imam tersebut menerima rezeki yang berlimpah.
Sebelum ini, seorang individu yang dikenali sebagai Uzma mempersoalkan kadar bayaran imam tarawih yang didakwa melebihi kadar kebiasaan bagi satu malam.
Fedtri Yahya ulas bayaran tarawih

Artikel lain: Makanan berbuka luar tak sedap? Jangan marah, maafkan peniaga – Fazley Yaakob
Dakwanya, bayaran sebanyak RM1,000 untuk seorang imam tarawih tidak sepatutnya dinormalisasi kerana ia seolah-olah memperdagangkan agama.

Fedtri Yahya menjelaskan bahawa pendapatan tambahan itu wajar dilihat sebagai rezeki berkat bagi imam yang memimpin solat tarawih dan bukan bertujuan untuk memperdagangkan agama.
Sumber: Threads fedtriyahya






