Imax Refrigerator jenama tempatan pertama menerima sijil MyHIJAU

Imax Refrigerator jenama tempatan pertama menerima sijil MyHIJAU


RAWANG: Jenama peti sejuk komersial buatan Malaysia, Imax Refrigerator menjadi jenama tempatan pertama mendapat sijil penjimatan tenaga MyHIJAU Mark berikutan keupayaannya memberi penjimatan elektrik sehingga 49 peratus.

Seperti sedia maklum, MyHIJAU Mark adalah satu program bersepadu berkonsepkan pembangunan lestari di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama Malaysian Green Technology Corporation (GreenTech Malaysia).

Selain itu, cara ini juga mampu menggalakkan pembuat, pengeluar dan pembekal tempatan menghasilkan produk-produk dan perkhidmatan yang lebih mesra alam.

Pengerusi Power Cool Equipments (M) Sdn Bhd, Max Lim Chun Siong, berkata pihaknya mengambil masa dua tahun untuk membangunkan teknologi AI+ Inverter.

“Bukan itu sahaja, kami turut membangunkan pelbagai jenis produk peti sejuk dan peti sejuk beku yang mampu menjimatkan tenaga elektrik secara efisien dan paling penting mesra alam.

“Teknologi AI+ bukan sekadar menggunakan pemampat Inverter biasa, tetapi ia merupakan gabungan teknologi AI yang membantu untuk mencapai penjimatan tenaga yang lebih tinggi,” katanya

Syarikat Power Cool Equipments (M) Sdn Bhd yang ditubuhkan pada tahun 1996 ini juga mempunyai makmal penyelidikan dan pembangunan (R&D) bertaraf antarabangsa.

Sepanjang tempoh dua tahun ini, pihak pengurusan Power Cool telah melabur lebih RM500,000 hanya untuk menjalankan uji kaji dan penyelidikan sehingga berjaya melancarkan teknologi AI+ Inverter.

Menurut Max, dalam tempoh ini mereka menghadapi pelbagai cabaran termasuk kesan penjimatan tenaga yang tidak memuaskan pada peringkat awal selain komponen yang tidak sempurna.

“Bagaimanapun setiap masalah berjaya diatasi melalui penyesuaian yang berterusan sekali gus membolehkan kami dinobatkan sebagai syarikat pengeluar peti sejuk komersial Inverter pertama di Malaysia mendapat sijil penjimatan tenaga MyHIJAU Mark.

“Melalui penganugerahan ini ia membuktikan data penggunaan tenaga kami adalah tulen dan boleh dipercayai sekali gus mampu menjimatkan sehingga 49 peratus tenaga elektrik.

“Buat pelanggan yang dihargai, ini adalah satu jaminan kualiti dan keberkesanan penjimatan tenaga dan bukan sekadar dakwaan palsu seperti yang terdapat di pasaran,” jelasnya.

Peti sejuk komersial keluaran Power Cool juga lulus dalam ujian kecekapan dengan penggunaan tenaga 3.216kw/24h.

Seterusnya, keberkesanan penjimatan tenaga elektrik juga boleh dikatakan dua hingga tiga kali  ganda berbanding produk mereka yang terdahulu. 

Power Cool Equipments (M) Sdn Bhd adalah pengeluar terkemuka dan pembekal peralatan dapur gred komersial khusus dalam peti sejuk, peti sejuk beku dan semua jenis sistem penyejukan, peralatan dapur keluli tahan karat dan banyak lagi.

Tidak ketinggalan, Power Cool turut menawarkan penambahan perkhidmatan selepas jualan seperti pemasangan dan penyelenggaraan buat pelanggan mereka.

Penggunaan peti sejuk yang berkualiti sangat penting untuk tujuan penyimpanan pelbagai barangan seperti makanan, minuman dan ubat-ubatan.

Selepas hampir 30 tahun bertapak di Malaysia, Power Cool amat berbangga dengan pelbagai pencapaian seperti MyHIJAU yang diperoleh awal tahun ini, Asia Pacific TOP Excellence Brand Year 2021-2023, Consumers’ Choice Award, Shanghai Award dan Golden Bull Award.

Selain itu, syarikat dan kilang yang berada di Kawasan Perindustrian Sungai Choh, Serendah kini turut mempunyai kilang dan stor di Simpang Ampat, Pulau Pinang serta cawangan di Kota Kinabalu, Sabah.

Lebih membanggakan, Imax Refrigerator kini sudah berada di pasaran antarabangsa seperti Vietnam, Singapura, Thailand, indonesia dan Myanmar.

Segalanya memerlukan pengorbanan, Max yang merupakan anak jati Kangar, Perlis turut berkongsi pengalamannya menjadi juruteknik membaiki peti sejuk selama lima tahun.

Dengan adanya pengalaman yang mencukupi serta dorongan majikannya, Max berjaya membuka syarikat ini pada tahun 1996 di Kepong.

Hidup tidak selalunya indah, banyak cabaran yang dihadapi ketika itu antaranya syarikat masih tidak dikenali, penggunaan teknologi yang terhad dan sukar mendapatkan pekerja namun dia tidak pernah sesekali mengalah.

Berkat hasil kesabaran selama ini, akhirnya jenama Imax Refrigerator kini mendapat sambutan yang memberangsangkan baik di dalam ataupun luar negara.

Menurut Max lagi, produk mereka bermula dari RM1,000 sehingga RM15,000 bergantung kepada jenis dan model.

“Ketika ini, pelanggan kami adalah dari pasar raya, pasar mini, restoran, hotel dan pihak sekolah,” tambahnya.

Diharapkan orang ramai tidak memilih sesuatu jenama itu bergantung hanya kepada kecekapan elektrik dan penjimatan tenaga semata-mata, tapi pilihlah jenama yang menggunakan teknologi hijau dan memelihara alam sekitar.

Penganugerahan MyHIJAU Mark ini secara tidak langsung membuka peluang kepada syarikat DVK Oceans Sdn Bhd, Hubei Dongbei Trading Co Ltd, ESI Technology Sdn Bhd, Glowchem Sdn Bhd, William CH Tan Consultancy Sdn Bhd dan Hangzhou Yi Bi An Technology So Ltd menaja Power Cool Equipments (M) Sdn Bhd dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, layari pautan ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top