“Saya baru faham kenapa saya dibesarkan dalam keluarga sebegini. “Product of a broken family”. Demikian luahan pelakon Shaza Bae menerusi temubual podcast ‘Buka Mulut’ yang tular di media sosial baru-baru ini.
Menerusi temu bual tersebut, Shaza Bae, meluahkan perasaan sebaknya apabila mengimbau kembali detik kehidupannya yang lahir dalam keluarga yang tidak sempurna sejak kecil.
Katanya, pengalaman dilahirkan dalam keluarga yang bercerai-berai memberikannya pengajaran dalam membentuk jati diri dan kekuatan diri.
“Untuk saya cakap benda ni sekarang ini saya dah berdamai dengan takdir. Kenapa emotional ni? Bila saya berdamai dengan takdir, saya baru faham kenapa saya dibesarkan dalam keluarga yang sebegini. Product of a broken family. Mungkin sebab Allah nak ajar saya kuat dan adalah silver liningnya,” katanya.

Dalam perkongsian tersebut, Shaza mendedahkan, ibu dan bapanya bercerai ketika usianya 7 tahun, usia yang masih muda untuk memahami erti perpisahan ibu dan bapanya.
“Ibu dan ayah saya bercerai pada umur saya 7 tahun, umur yang sangat muda. Tapi untuk seorang yang berusia 7 tahun at that time, She understand a lot. Mula-mula saya marah, sebab tak faham tapi buila dah besar, awak nampak sebenarnya menjadi ibu dan ayah ni adalah salah satu tugas yang paling susah dalam dunia,” jelasnya.
Bagaimanapun, Shaza atau nama penuhnya, Shaza Nuriman Mohamad Zamri berkata, pengalaman hidupnya itu membuatkan dia lebih empati terhadap apa yang dilalui mereka yang bergelar ibu dan bapa sekali gus memahami cabaran yang mereka hadapi.
“Bila dah meningkat dewasa ni dan berdamai dengan takdir, baru kita akan jadi lembut hati.
“Jadi awak sendiri akan faham menjadi ibu dan ayah ini tak senang. So, you tak akan hukum mereka dengan apa yang terjadi,” ujarnya.





