Impian emas skuad hoki 5s wanita tidak kesampaian

Impian emas skuad hoki 5s wanita tidak kesampaian


saifulaffendy@hmetro.com.my

Bangkok: Impian skuad hoki 5 sebelah (5s) wanita negara untuk mengikut jejak langkah pasukan lelaki meraih pingat emas pada Sukan Sea Thailand tidak kesampaian.

Ia selepas skuad negara tewas 1-7 di tangan pasukan tuan rumah, keputusan yang agak mengecewakan selepas pasukan negara menumbangkan lawan sama 7-2 pada aksi round robin.

Berlangsung di Stadium Hoki Royal Thai Air Force (RTAF), skuad negara ketinggalan minit ke-4 selepas Thanaphon Khamnon menjaringkan gol pembukaan untuk Thailand.

Namun selepas Nurfatin Dizana Mohd Zaidi menyamakan kedudukan seminit kemudian, Thailand terus ‘mengamuk’ dengan menjaringkan tiga gol lagi sebelum berakhir babak pertama, iaitu menerusi Anongnat Piresram, Supansa Samanso dan Natthakarn Aunjai untuk kedudukan semasa Thailand mendahului 4-1.

Bersambung babak kedua, Thailand menambah derita skuad negara apabila menambah tiga gol lagi menerusi Supansa, Anongnat dan Jenjira Kijpakdee.

Terdahulu pada aksi separuh akhir hari ini, skuad negara menewaskan Filipina 7-0.

Untuk rekod, selain menumbangkan Thailand dalam aksi round robin, skuad negara turut mempamerkan dominasi apabila menewaskan Indonesia 5-3 dan Filipina 13-0.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top