12 Oktober 2024 06:42pmMasa membaca: 4 minit
Soon Huat (kiri) dan Shevon terpaksa akur tewas kepada pasangan China dalam aksi separuh akhir Terbuka Artik di Finland pada Sabtu. Foto FB SPOTV
IMPIAN beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai untuk mara ke pentas akhir Terbuka Artik di Finland tidak kesampaian setelah tewas kepada Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin dalam aksi separuh akhir sebentar tadi.
Gandingan negara yang menghuni ranking ke-10 dunia itu terpaksa akur tumpas straight set kepada pasangan dari China dalam kejohanan berstatus Super 500 berkenaan.
Dalam aksi di Vantaan Energia Arena tersebut pasangan suami itu mendahului 6-2, namun gandingan lawan yang berada di ranking ketiga dunia pantas memintas mata untuk menang permainan pertama 21-14.
Memasuki set kedua, Zhen Bang-Ya Xin terus memperagakan aksi bertenaga apabila meninggalkan Soon Huat-Shevon 11-3 sebelum mengesahkan kemenangan 21-8.
Menerusi kemenangan tersebut melebarkan jurang kemenangan pasangan dari negara Tembok Besar China itu ke atas gandingan negara kepada 6-1.
Soon Huat-Shevon sebelum ini menjuarai Terbuka Switzerland dan Masters Malaysia.