Pelakon dan pengarah Erma Fatima betkata dia mempraktikkan rasa tanggungjawab untuk mendidik masyarakat dalam sesebuah karya yang dihasilkan.
Memetik HibGlam, Erma berkata dia mahu karya yang dihasilkan dapat memberi manfaat kepada pentonton.
BACA: Erma Fatima Dedah Wujud ‘Walid’ Di Dunia Sebenar, Mangsa Isteri-isteri Orang
“Kalau saya mati, ditanya oleh Tuhan atau malaikat, ‘apa yang telah kau lakukan dalam industri kau?’, saya mahu jawab ‘ada’.
“Saya cuba nak sampaikan mesej dalam karya supaya orang yang menonton mendapat manfaat. Seorang manusia kalau dia tidak boleh memberi manfaat kepada orang lain, lebih baik jangan jadi manusia,” katanya.
Biarpun karyanya sering menerima kecaman hebat, namun Erma berkata dia mahu menghasilkan naskah yang boleh menyebarkan mesej positif dan seandai karjya mendapat rating tinggi ianya adalah rezeki daripada Allah.
Sementara itu, Erma turut mempunyai impian untuk menghasilkan naskah atau karya patuh syariah dimana pelakonnya menutup aurat dan tiada babak bersentuhan.
“Salah satu daripada impian saya adalah nak menghasilkan karya-karya islamik yang patuh syariah satu hari nanti. Kalau ada duit dan penaja, memang saya nak cipta satu era membuat drama yang betul-betul patuh syariah.
“Selalu sangat saya dituduh buat karya ada unsur lucah kan, jadi saya nak ke arah lebih positif pula,” katanya.
Sumber: HibGlam





