Penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan berkata dia memasang impian untuk menjual serta mengeluarkan pakaian dalam jenama sendiri.
Menerusi perkongsian di Threads, Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy bagaimanapun berkata dia takut untuk berbuat demikian kerana bimbang akan dikecam.
BACA: “Nak Anak Kenal Datuk Nenek Mereka” – Elizabeth Tan Mahu Zuriat Secepat Mungkin

“Impian saya nak jual panties (seluar dalam) jenama sendiri, tapi saya takut la kena kecam,” katanya.
Sementara itu, Lizzy berkata dia sangat menitikberatkan soal fabrik setiap kali membeli pakaian dalam dan sudah berhabis banyak membeli seluar dalam pelbagai jenama.
“Saya sangat cerewet berkenaan tekstur dan kain. Saya dah banyak sangat habis duit beli macam-macam dan pelbagai jenama,” katanya.




