Penyanyi, Mimi Fly meluahkan rasa syukur dan terharu apabila impian yang pernah terlintas di fikirannya ketika awal usia 20-an akhirnya menjadi kenyataan apabila wajahnya terpampang di papan iklan gergasi di Times Square, New York.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Mimi atau nama lengkapnya, Shamimi Amalina Norisham, 40, mengakui pernah berangan melihat dirinya muncul di sebuah papan iklan besar di tepi jalan, namun tidak menyangka impian itu direalisasikan di lokasi ikonik dunia.
“Yang kelakarnya Mimi pernah berangan in my 20s. I saw myself on a billboard besar tepi jalan…. Mana nak tau billboard tu kat Times Square, New York. Mama tersangatlah bangga. My close friends pun tersangatlah happy. Me? I feel… unstoppable,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelantun lagu popular Serumpun ini turut merakamkan penghargaan kepada Spotify dan Spotify Asia atas pengiktirafan yang diterimanya menerusi kempen #SpotifyEqual.
“Thank you @spotifyasia @spotify for this recognition. Sharing this space with so many powerful female voices in the world is something I don’t take lightly. This belongs to everyone who pressed play,” katanya.
Kejayaan tersebut bukan sahaja menjadi detik membanggakan buat Mimi, malah dilihat sebagai simbol pengiktirafan terhadap bakat wanita dalam industri muzik di peringkat antarabangsa.






