Indeks harga seunit besi turun negatif 5.7 peratus pada September 2024

Indeks harga seunit besi turun negatif 5.7 peratus pada September 2024


KUALA LUMPUR – Indeks seunit harga besi merekodkan penurunan antara negatif 0.6 peritus hingga negatif 5.7 peratus bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak pada September 2024 berbanding bulan lepas.

Penurunan tertinggi dicatatkan bagi Perak (-5.7%), diikuti dengan Kota Kinabalu (-2.3%) dan Pulau Pinang, Kedah & Perlis (-1.7%).

Jabatan Perangkaan Malaysia berkata, indeks harga seunit keratan keluli & logam iaitu dengan peratus penurunan antara negatif 0.1 peratus hingga negatif 2.7 peratus bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Penurunan tertinggi telah direkodkan di Miri (-2.7%), diikuti dengan Sibu (-2.4%) dan Pulau Pinang, Kedah & Perlis (-1.6%).

Indeks harga seunit pasir pula mencatatkan peningkatan antara 0.5 peratus hingga 1.3 peratus bagi beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia pada September 2024.

Namun, kadar kenaikan bagi indeks harga bahan ini adalah lebih rendah berbanding dua bulan sebelumnya.

Selain itu, indeks harga seunit simen juga merekodkan peningkatan antara 0.1 peratus hingga 0.9 peratus bagi kebanyakan kawasan pada September 2024 berbanding bulan lepas.

Perbandingan tahunan untuk tempoh September 2023 dan September 2024 pula menunjukkan indeks harga seunit simen merekodkan peningkatan antara 0.2 peratus hingga 2.9 peratus bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Peningkatan tertinggi dicatatkan bagi kawasan Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan (2.9%), diikuti dengan Pahang (2.7%) dan Tawau (2.2%).

Perbandingan tahunan indeks harga seunit besi pula mencatatkan penurunan antara negatif 0.1 peratus hingga negatif 4.2 peratus pada September 2024 berbanding bulan yang sama tahun lalu bagi hampir semua kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Purata harga simen (Ordinary Portland) mencatatkan penurunan kecil (-0.4%) dengan purata harga RM23.23 per 50 kg sekarung berbanding Ogos 2024 (RM23.33 per 50 kg sekarung).

Manakala purata harga seunit besi yang terdiri daripada bar bulat keluli lembut dan Mycon 60 high tensile deformed bars merekodkan penurunan (-1.0%) dengan purata harga RM3,667.96 bagi setiap tan metrik berbanding bulan sebelumnya(Ogos 2024: RM3,705.37 bagi setiap tan metrik). – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top