India leburkan harapan Malaysia di final Skuasy Beregu Asia

India leburkan harapan Malaysia di final Skuasy Beregu Asia


sukan@hmetro.com.my

Kuching: Impian dua pasangan negara untuk menjulang kejuaraan pada Kejohanan Skuasy Beregu Asia Edisi Kedua tidak kesampaian apabila India mempamerkan aksi lebih mantap dalam aksi final di Pusat Skuasy Sarawak, Petra Jaya, hari ini.

Dalam aksi beregu wanita, pasangan India, Joshana Chinappa dan Ahanat Singh, bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menewaskan wakil Malaysia, Yee Xin Ying dan Ainaa Amani dalam pertarungan sengit selama 35 minit.

Perlawanan itu berakhir dengan keputusan 8-11, 11-9, 11-10, sekali gus menyaksikan India merangkul gelaran juara.

Malaysia yang bermula cemerlang tidak mampu mengekang kebangkitan lawan yang tampil lebih agresif dan tersusun dalam dua set terakhir.

India terus mengukuhkan penguasaan mereka dalam kejohanan itu menerusi aksi beregu campuran apabila Ahanat Singh yang bergandingan dengan Abhay Singh, menewaskan pilihan negara Rachel Arnold dan Ameeshenraj Chandaran dalam straight set, 11-9, 11-7, dalam tempoh 28 minit.

Kejayaan membawa pulang dua gelaran utama itu memperkukuh kedudukan India sebagai kuasa skuasy beregu di rantau Asia, selain menyerlahkan potensi besar pemain muda seperti Ahanat di pentas antarabangsa.

Kejohanan selama empat hari itu menghimpunkan barisan pemain terbaik Asia dan menjadi landasan penting untuk mencungkil serta mempamerkan bakat baharu dalam arena skuasy.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top