“Ini bukan resepi autentik” -Risau dikritik, Khairul Aming tegaskan bukan asal dari Itali

“Ini bukan resepi autentik” -Risau dikritik, Khairul Aming tegaskan bukan asal dari Itali


Pempengaruh dan juga usahawan terkenal, Khairul Aming tegaskan bukan asal dari Itali apabila berkongsi resepi Spaghetti Bolognese untuk juadah berbuka nanti.

Khairul Aming tegaskan bukan asal Itali

Dalam video terbaru yang dikongsikannya di media sosial, Khairul Aming (KA) memaklumkan dirinya bukan berasal dari Itali, tidak dilahirkan disana dan tidak pernah ke negara tersebut juga.

Jelasnya, semua bahan yang dibeli untuk membuat juadah berkenaan boleh di dapati di kedai runcit serta bahan-bahan yang lain boleh sahaja menggunakan bahan yang mudah dijumpai.

Saya bukan orang Itali, tidak dilahirkan di Itali, dan tidak pernah ke Itali. Resipi ini dibuat menggunakan bahan yang jumpa di kedai runcit sahaja.
“Tiada tomato Itali digunakan, dan tiada daging fresh digunakan.
“Kita guna daging beku dari freezer kedai runcit sebab ini yang paling sesuai dengan bajet orang ramai,” tulisnya.

Khairul Aming beritahu resepi tak autentik pun

Tegasnya lagi, resepi terbabit juga bukanlah resepi autentik dan KA memberikan pesanan supaya sebarang percubaan membuat juadah tersebut adalah dibawah tanggungjawab sendiri.

“Ini bukan resipi authentic. Try at your own risk,” ujarnya lagi.

Sekadar mengeruhkan keadaan

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen di media sosial apabila masing-masing terhibur dengan gurauan berkenaan.

Ada juga yang berseloroh dengan sengaja bertanya dan melemparkan tuduhan sekadar ‘mengeruhkan’ lagi keadaan.

Halus je dia bagi

Disclaimer lengkap padat mengena!

khairul aming

Artikel lain: Tak semua bahan boleh dibeli! Resepi Che Sayang dikritik, Khairul Aming tampil pertahan

Terdahulu, salah seorang pempengaruh yang berkongsi resepi-resepi di media sosial, Che Sayang telah dikritik apabila resepi dan bahan digunakan tidak autentik sehingga menjadi perdebatan di media sosial.

Walau bagaimanapun, warganet telah memberikan sokongan kepada Che Sayang kerana tahu tujuan utama dia berkongsi resepi adalah untuk memudahkan orang ramai membeli bahan dan membuatnya di rumah masing-masing.

Sumber: Instagram khairulaming





Source link

OR

Scroll to Top