“Inilah Sebab Saya Tak Nak Anak Terlibat Dalam Dunia Lakonan” – Puteri Sarah Simpati Nasib Kanak-Kanak ‘Disidai’ 15 Jam Di Set Penggambaran

Pelakon dan usahawan, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin meluahkan rasa simpati terhadap pengakuan seorang ibu apabila mendedahkan anaknya yang berumur empat tahun setengah itu terpaksa menunggu sehingga 15 jam ketika berada di set penggambaran.

Menerusi perkongsian di Threads, individu tersebut mendakwa tempat rehat  tidak disediakan sehinggakan anaknya itu terpaksa tidur di dalam kereta sehingga dua jam setengah. Malah, tandas yang sempurna juga tidak disediakan.

“Hati ibu mana tak hancur tengok anak berumur 4.5 tahun kena ‘sidai’ masa shooting sampai 15 jam?

“Anak saya, Noel terpaksa tidur dalam kereta 2 jam setengah sebab produksi tak sediakan tempat rehat yang layak malah tanda yang sempurna pun tak ada. Budak sekecil itu dikerah tenaga untuk iklan raya. Tapi kebajikan zero,” luahnya.

Simpati dengan nasib ibu dan anak tersebut, Sarah menegaskan itu adalah punca utama kenapa dia tidak mahu anak-anaknya terlibat dalam dunia lakonan.

“So sorry to hear about this. Tak nak anak-anak I get involve sebenarnya” balasnya ringkas.

Source link

OR

Scroll to Top