Inkues: Peguam keluarga Zara Qairina lantik pakar psikologi bebas, nilai mental sebelum tragedi

Inkues: Peguam keluarga Zara Qairina lantik pakar psikologi bebas, nilai mental sebelum tragedi


am@hmetro.com.my

Kota Kinabalu: Peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir akan menggunakan khidmat pakar psikologi bebas dari Kuala Lumpur bagi menilai tahap kesihatan mental arwah Zara sebelum tragedi menimpa.

Peguam Shahlan Jufri berkata, langkah itu penting bagi melengkapkan gambaran sebenar kerana aspek psikologi arwah tidak boleh diketepikan dalam prosiding inkues.

“Pakar psikologi bebas ini dijangka tiba di Kota Kinabalu minggu depan. Beliau akan menemubual ibu arwah, rakan sekolah rendah dan menengah, guru serta meneliti buku dan diari milik arwah Zara yang dikemukakan di mahkamah.

“Tujuannya adalah untuk membuat pemprofilan dan menilai keadaan mental arwah sebelum kejadian,” katanya ketika ditemui selepas prosiding di Mahkamah Koroner, hari ini.

Shahlan berkata, selepas pengawal keselamatan memberi keterangan esok, berkemungkinan akan ada seorang lagi doktor dipanggil untuk melengkapkan prosiding inkues.

“Kalau tidak silap, kami berada di sekolah lebih kurang dua jam dan beberapa proses bina semula sudah dibuat menggunakan patung dengan bebanan tambahan. Gambar serta ukuran di blok asrama turut diambil pagi tadi.

“Kami juga pergi ke bilik asrama arwah Zara. Bilik itu kelihatan seolah-olah tidak lagi digunakan, tetapi kami dapat kenal pasti katil dan loker miliknya. Katil jenis bertingkat ada enam, dan arwah bahagian atas bersama 11 pelajar lain,” katanya.

Inkues bersambung esok dengan keterangan saksi keenam iaitu pengawal keselamatan sekolah.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top