Inovasi Denco dalam automotif berasaskan getah raih anugerah Asia

Inovasi Denco dalam automotif berasaskan getah raih anugerah Asia



am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kumpulan Syarikat Denco, peneraju industri automotif tempatan mencipta sejarah apabila meraih dua penghargaan berprestij pada Anugerah Automotif Asia 2024 yang berlangsung di Putrajaya baru-baru ini.

Denco Industries Sdn Bhd dianugerahkan Anugerah Kecemerlangan Pembuatan Komponen Automotif (Kecemerlangan dalam Segmen Automotif).

Manakala Denco Marketing Sdn Bhd pula menerima Anugerah Kecemerlangan Produk Pasaran-Selepas Automotif (Kecemerlangan Produk & Perkhidmatan).

Pengarah Urusan Kumpulan Denco, Ooi Chuan Chin berkata, penghargaan berkenaan membuktikan komitmen syarikat mereka dalam memajukan ekosistem automotif Malaysia.

“Kejayaan Denco bertitik tolak fokus berterusan kami terhadap inovasi, perpaduan dan penyelesaian berorientasikan pelanggan. Kami berbesar hati menjadi penanda aras baru dalam industri ini.

“Pengiktirafan yang diterima Denco ini sejajar dengan Dasar Automotif Nasional Malaysia (NAP), yang mengutamakan inovasi dan daya saing global,” katanya.

Menurutnya, kejayaan berkenaan menyerlahkan kepimpinan Denco dalam penghasilan produk dan penyelesaian berasaskan pasaran, sekali gus mengukuhkan lagi pengaruh Malaysia dalam sektor automotif serantau.

Kumpulan Denco mempunyai pengalaman lebih daripada 20 tahun sebagai pengilang dan pengedar komponen automotif berasaskan getah berkualiti tinggi.

Itu membuktikan keupayaan syarikat tempatan menghasilkan komponen kejuruteraan tepat sambil mengekalkan piawaian kualiti yang ketat di Malaysia.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top