Insiden pesawat Frontier Airlines tak jejas persiapan Khabib di UFC 311

Insiden pesawat Frontier Airlines tak jejas persiapan Khabib di UFC 311


Khabib (jaket biru) dan Islam Mamedov diarah keluar daripada pesawat Frontier Airlines.

PENGURUS Khabib Nurmagomedov, Ali Abdelaziz berkata insiden diusir daripada pesawat Frontier Airlines tidak menjejaskan persiapan legenda seni mempertahankan diri (MMA) itu menghadapi UFC 311 di Amerika Syarikat hujung minggu ini.

Khabib dan ketua jurulatih, Javier Mendez akan berada di penjuru Tagir Ulanbekov, Islam Makhachev dan sepupunya Umar di Intuit Dome, California.

Tagir (12-0) berdepan Clayton Carpenter (8-0) dalam kategori flyweight, manakala Islam (26-1) akan mempertahankan gelaran lightweight menentang Arman Tsarukyan (22-3).

Umar (18-0) pula mencabar penyandang juara, Merab Dvalishvili (18-4) untuk tali pinggang bantamweight.

“Semuanya baik-baik sahaja dan insiden itu langsung tidak menjejaskan persiapan kami untuk UFC 311.

“Apa pun, Khabib menangani insiden tersebut dengan tenang dan semua orang nampak keperibadiannya yang merendah diri,” ujar Ali.

Difahamkan, insiden itu berlaku pada Sabtu lalu ketika Khabib serta Islam Mamedov menaiki penerbangan Frontier Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Harry Reid, Las Vegas menuju ke Los Angeles sebagai persiapan UFC 311.

Khabib, 36, diarah keluar daripada pesawat kerana jaguh Dagestan itu duduk berhampiran pintu kecemasan.

Pramugari didakwa kurang selesa dengan kehadiran Khabib duduk di barisan pintu kecemasan dan memberi pilihan sama ada tukar tempat duduk atau meninggalkan pesawat.

Sementara itu, Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) mengeluarkan kenyataan menyokong Khabib dan dan menuntut siasatan terhadap dasar dan tindakan syarikat penerbangan tersebut yang seolah-olah mengamalkan sentimen anti-Islam dan Islamofobia.



Source link

OR

Scroll to Top