Peneraju inovasi industri teknologi, HONOR sekali lagi mencipta pengalaman pengguna luar biasa dengan melancarkan kemas kini Magic AI untuk siri HONOR 200.
Dengan komitmen berterusan bagi memperkasakan pengguna melalui teknologi pintar, HONOR berhasil meningkatkan keupayaan fotografi dalam peranti kelas pertengahan ini.
Siri HONOR 200 menjadi pilihan utama bagi mereka yang mengutamakan kualiti gambar tanpa perlu melabur untuk peranti kelas atas.
Kini, dengan penambahan ciri-ciri AI terbaru, HONOR membawa fotografi mudah alih ke tahap lebih tinggi, membolehkan pengguna menangkap imej yang menakjubkan dengan mudah.
Kamera profesional di hujung jari
Siri HONOR 200 kini menawarkan ciri penyesuaian bokeh yang membolehkan pengguna secara kreatif mengaburkan latar belakang dan menyesuaikan fokus seperti kamera DSLR.
Ini membolehkan pengguna menonjolkan subjek utama dalam foto seterusnya menghasilkan potret yang menakjubkan dengan sentuhan artistik.
Seperti sedia maklum, mengambil swafoto berkumpulan yang sempurna boleh menjadi satu cabaran kerana seseorang pasti akan berkelip atau terpotong.
Namun, pengguna kini tidak perlu risau lagi dengan adanya penambahbaikan AI Group Photo Enhance yang menggunakan teknologi pintar untuk meningkatkan perincian pada wajah setiap individu.
Ia bukan sahaja berupaya membetulkan mata yang tertutup melalui teknologi ‘Multi Frame Synthesis’ malah membetulkan sedikit kecacatan wajah.
Ciri ini berfungsi pada kamera belakang dan direka khusus untuk foto kumpulan yang melibatkan dari 2 hingga 50 orang.
AI Eraser akan datang pertengahan September
Transformasi menakjubkan sebelum (kiri) dan selepas (kanan) ciri AI Eraser pada siri HONOR 200.
Pengguna juga boleh mengucapkan selamat tinggal kepada objek atau latar belakang yang mengganggu dan tidak diingini.
Ini kerana siri HONOR 200 bakal tampil dengan kemas kini terbaru, AI Eraser pada pertengahan September nanti.
Teknologi AI ini membolehkan pengguna menghilangkan objek yang mengganggu imej dengan mudah, sama ada pejalan kaki atau kenderaan pada latar belakang foto mereka.
Selain itu, pengguna juga boleh memilih untuk memadamkan objek secara manual atau membiarkan AI melakukan tugasnya secara automatik, menghasilkan imej yang sempurna dan menarik.
Lebih menarik, fungsi AI Eraser turut digunakan di Anugerah TikTok yang berlangsung baru-baru ini bagi membantu pengguna merakam foto tanpa sebarang gangguan.
Bukan sekadar penambahbaikan AI
Tidak hanya menawarkan penambahbaikan AI, siri HONOR 200 turut mendapat sentuhan bersama studio fotografi terkenal di Paris, Studio Harcourt bagi memberikan pengalaman fotografi potret studio buat pengguna.
Dilengkapi sistem kamera hebat dengan kamera utama 50MP (sensor H9000 pada varian Pro) dan kamera telefoto 50MP, pengguna berupaya menangkap perincian secara jelas dan potret dengan kesan bokeh yang cantik.
Tidak terhenti di situ, siri HONOR 200 turut dilengkapi paparan AMOLED 120Hz, pemproses Snapdragon 8s Gen3 (Pro) dan Snapdragon 7 Gen 3 (standard) serta bateri yang tahan lama bersaiz 5200mAh dengan keupayaan pengecasan pantas.
Ini sekali gus memberikan pengalaman terbaik dalam satu peranti buat pengguna.
Layari laman sesawang rasmi HONOR Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut mengenai siri HONOR 200 dan bagaimana ia boleh meningkatkan pengalaman fotografi anda.
© New Straits Times Press (M) Bhd