Usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli meluahkan rasa gelisah memikirkan mengenai rakannya, Inspektor Sheila yang kini berdepan pertuduhan di mahkamah.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Iqbal berkata sepanjang mereka berkawan dia tidak pernah sekali pegawai polis itu bersikap kasar mahupun tidak baik terhadapnya.
BACA: Inspektor Sheila Puji Iqbal Zulkefli Kacak Sangat Macam Raja

“Saya termenung panjang, mengapa sepanjang beliau berteman dengan saya, tidak pernah sekali pun beliau bersikap kasar dan tidak baik pada saya,” katanya.
Menurut Iqbal, dia dan wanita itu berhubung seperti biasa dan sebelum isu tersebut juga mereka ada berbual di mesej. Malah, dia ada bertanyakan Sheila mengenai isu berkenaan dan wanita itu mendakwa video itu disalah tafsir.

“Saya ada tanya tentang isu beliau sekarang. Katanya, dia hanya perlu takut pada Tuhan, bukan manusia. Dia sudah lali dengan persepsi orang. Video itu sudah disalah tafsir sebab orang awam hanya lihat sekerat,” katanya.
Sementara itu, Iqbal berkata dia menyedari ramai yang marah serta tidak setuju jika dia membela wanita itu namun sebagai rakan dia mendoakan buat Sheila.
“Saya faham pasti ramai sedang marah dan mungkin tidak setuju saya membelanya. Apapun, saya di sini sebagai teman, mendoakan ada berita baik buat beliau,” katanya.





