Iqbal Zulkefli Buat Wasiat Sebelum Jalani Pembedahan Hidung

Iqbal Zulkefli Buat Wasiat Sebelum Jalani Pembedahan Hidung


Usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli sempat memohon maaf kepada semua pihak di atas salah silapnya sebelum dia menjalani pembedahan hidung di sebuah pusat perubatan di Shanghai, China.

Menerusi perkongsian di Facebook, Iqbal berkata dia membuat pembedahan hidung selepas disarankan pakar kerana pernafasannya tertutup bertahun-tahun akibat sinus yang teruk. 

BACA: 8 Tahun Berkawan, Iqbal Kagum Emma Maembong Tak Pernah Berubah

Sebelum saya ditidurkan (bius sepenuh badan), saya mohon maaf atas segala salah silap saya, ada sesuatu yang tidak menyenangkan kalian, hal tidak baik sepanjang saya hidup.

“Tujuan saya buat pembedahan hidung sebenarnya disarankan pakar kerana pernafasan saya tertutup sudah bertahun akibat sinus teruk. Selalu saya terjaga mengejut semasa tidur seolah orang tutup hidung dan mulut. 

“Di waktu sama, pakar tidak membiarkan hidung kita berbentuk tidak elok. Saya juga mahukan kelihatan seperti hidung asal,” katanya.

Sementara itu, sebelum ditidurkan dia turut mewasiatkan harta dan asetnya kepada golongan miskin serta anaknya sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.

“Wasiat andai apa-apa terjadi. Segala hutang saya, sudah saya senaraikan (ada sekitar 4 pihak sahaja). Harta dan aset saya menjadi milik orang-orang susah sepenuhnya. 

“Sebahagian kecil untuk Ziyad anak saya dan rumah anak-anak yatim saya ada sejak saya di bangku sekolah (dirahsiakan). Sekitar 87 orang berhutang dengan saya, semuanya saya halalkan (sekiranya apa-apa terjadi),” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top