Ira Kazar tak kisah dicemuh netizen, tenang dilabel penyondol – “Saya dah imun, dah tak lut”

Ira Kazar tak kisah dicemuh netizen, tenang dilabel penyondol – “Saya dah imun, dah tak lut”


Bekas isteri kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar mengakui masih dilabel sebagai penyondol oleh segelintir pihak meskipun kisah rumah tangganya sudah berakhir sejak dua tahun lalu.

Tenang dilabel penyondol

Screenshot

Memetik laporan mStar, Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin, 31, berkata dia tidak mampu mengawal setiap komen negatif yang dilemparkan netizen terhadapnya di media sosial. Namun, dia bersyukur kerana sokongan keluarga, khususnya ibu bapanya, menjadi kekuatan untuk terus tenang.

“Saya terima saja kerana itulah netizen yang kita tak boleh nak kawal. Mereka yang tulis, bukan saya.
“Mungkin ketenangan ini datang daripada ayah dan ibu. Mereka lebih percaya kepada saya daripada fikirkan apa orang luar kata kerana mereka yang hadap dan lebih tahu,” kata Ira, baru-baru ini.

Menurut Ira, dia kini sudah semakin lali dengan kecaman yang diterima dan memilih untuk tidak melayan komen berunsur negatif tersebut. Sebaliknya, dia lebih selesa menghabiskan masa bersama keluarga sebagai cara menenangkan diri.

Screenshot

“Kalau komen negatif memang masih ada, tapi saya dah imun. Ayat mereka pun sama saja, jadi dah macam tak lut.
“Tapi ada hari bila mood tak baik, tetap terkesan juga bila membaca. Jadi saya ambil pendekatan ‘whatever’ dan buat benda lain,” ujarnya.

Dalam masa sama, Ira memaklumkan dia tidak pernah berdepan dengan serangan secara langsung, namun tidak menafikan sering menerima pandangan sinis ketika berada di tempat awam.

“Bercakap secara depan memang tiada, tapi pandang sinis itu biasa. Tiada lagi yang berani datang serang depan-depan, mereka kan ‘keyboard warrior’,” tambahnya lagi.

Screenshot

Artikel lain: Ira Kazar akui hati masih tertutup, belum terfikir cari pengganti bekas suami

Untuk rekod, Ira mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 6 Januari 2023 di selatan Thailand sebelum mendaftarkan perkahwinan tersebut di Perlis pada 20 Januari tahun sama. Namun, hubungan itu berakhir apabila mereka sah bercerai pada 5 September 2024.

Sebelum itu, Syamsul pernah berkahwin dengan pelakon Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014, sebelum berpisah pada 14 Jun tahun lalu.

Sumber: mStar





Source link

OR

Scroll to Top