Iran dakwa 500 askar AS mati

Iran dakwa 500 askar AS mati


TEHERAN/NEW YORK: Pegawai keselamatan tertinggi Iran, Ali Larijani mendakwa bahawa lebih 500 askar Amerika Syarikat (AS) telah terbunuh dalam perang yang sedang berlangsung sejak Sabtu lalu.

Dalam satu hantaran di platform X, Larijani menulis: “Sekarang beliau (Presiden Donald Trump)  perlu membuat perhitungan, dengan lebih 500 askar AS terbunuh hanya dalam beberapa hari kebelakangan ini, adakah Amerika masih diutamakan atau Israel.”

Bagaimanapun, Pentagon hanya mengumumkan kematian enam anggota tentera Amerika sejak Sabtu dengan empat daripada mereka terbunuh di Kuwait manakala Iran mengesahkan pemimpin tertingginya, Ayatollah Ali Khamenei terkorban dalam serangan AS-Israel.

Larijani, yang sebelum ini berkhidmat sebagai penasihat kanan kepada Ali Khamenei dan kini mengetuai Majlis Keselamatan Kebangsaan Tertinggi.

Menurut anggaran kerajaan, hampir 1,050 orang Iran terbunuh dalam empat hari pertempurani, termasuk 165 pelajar sekolah di bandar Minab di selatan Iran.

Dalam pada itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan bahawa dianggarkan 100,000 orang meninggalkan Teheran dalam dua hari pertama serangan Amerika dan Israel ke atas Iran pada 28 Februari dan 1 Mac.

“Di Iran, dianggarkan 100,000 orang meninggalkan Teheran dalam dua hari pertama selepas serangan tersebut,” kata Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR), agensi pelarian PBB, dalam laporan situasi pada Rabu.

Negara‑negara Teluk telah menjadi sasaran gelombang serangan dron dan peluru berpandu Iran pada Khamis sebagai tindak balas terhadap kempen udara besar‑besaran yang dilancarkan oleh Amerika dan Israel terhadap Iran.

Berikut adalah perkembangan yang berlaku dalam perang AS-Israel yang memasuki hari keenam:

 

  • Wartawan AFP di Qatar dan Bahrain melaporkan letupan kuat di ibu kota Doha dan Manama, dua daripada bandar utama di rantau Teluk.
  • Serangan itu telah menghentikan pengeluaran tenaga di beberapa lokasi dan laporan menunjukkan bahawa pelbagai infrastruktur penting termasuk loji minyak serta tenaga telah terkena kesan atau berhenti operasi akibat ancaman keselamatan ini.
  • Negara Azerbaijan memanggil duta Iran selepas dua orang cedera dalam serangan dron yang mengenai sebuah lapangan terbang dan kawasan berhampiran sekolah di wilayah Nakhchivan.
  • Tentera Israel berkata, ia telah mengesan satu pusingan peluru berpandu baharu yang dilancarkan dari Iran ke arah wilayah Israel. 
  • Sistem pertahanan dioperasikan untuk memintas ancaman tersebut dan amaran keselamatan dikeluarkan kepada orang ramai untuk mengikuti arahan keselamatan semasa menerima amaran tentang peluru berpandu yang memasuki negara haram itu.
  • Israel telah membedil Teheran dengan serangan baharu dan Iran menyasarkan kumpulan gerila Kurdis di Iraq.
  • Iran telah menyerang sebuah kapal tangki minyak AS di Teluk dengan peluru berpandu. 
  • Kapal itu telah terkena peluru berpandu di utara Teluk Parsi dan terbakar
  • Iran melancarkan beberapa siri peluru berpandu ke arah Israel awal pagi Khamis, menurut tentera Israel tetapi tiada laporan segera mengenai sebarang korban atau kecederaan. – AGENSI

 





Source link

OR

Scroll to Top