Washington: Iran melancarkan enam peluru berpandu ke arah pangkalan tentera Amerika Syarikat di Qatar, menurut laporan Axios yang memetik seorang pegawai Israel pada Isnin.
Sebelum ini, Axios melaporkan Iran sedang bersiap sedia untuk melancarkan serangan peluru berpandu terhadap pangkalan itu.
Setakat ini, belum ada pengesahan rasmi daripada pihak Amerika Syarikat atau Qatar mengenai serangan tersebut atau kesan yang ditimbulkan.
© New Straits Times Press (M) Bhd