Iraq denda pihak jatuhkan moral pasukan

Iraq denda pihak jatuhkan moral pasukan


Pusingan keempat Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia akan berlangsung dari 8 hingga 14 Oktober 2025. Foto Agensi

KETUA Suruhanjaya Komunikasi dan Media Iraq, Nofal Abu Raghif memberi amaran bahawa denda, sekatan media dan tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang cuba menggugat moral skuad kebangsaan menjelang pusingan keempat Kelayakan Piala Dunia 2026 bagi Zon Asia.

Dalam sidang media bersama Persekutuan Bolasepak Iraq (IFA), beliau menegaskan kepentingan sokongan penuh daripada semua pihak ketika skuad Singa Mesopotamia diundi dalam Kumpulan B bersama Arab Saudi dan Indonesia.

“Iraq berada pada fasa penting menuju Piala Dunia 2026. Pasukan ini memerlukan dukungan sepenuhnya daripada pemimpin, media dan penyokong,” katanya.

Nofal mengingatkan media perlu mengekalkan profesionalisme dan memberi liputan membina, sambil mengingatkan bahawa kebebasan bersuara mesti disalurkan secara berhemah agar tidak menjejaskan fokus pasukan.

Pusingan keempat Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia akan berlangsung dari 8 hingga 14 Oktober 2025.

Iraq akan memulakan kempen pusingan keempat menentang Indonesia pada 12 Oktober dan Arab Saudi tiga hari kemudian.

Sebagai rekod, satu-satunya kemunculan Iraq di Piala Dunia ialah pada edisi 1986 di Mexico dengan menamatkan peringkat kumpulan di tangga tercorot tanpa sebarang mata.

 

 

Ringkasan AI

  • KETUA Suruhanjaya Komunikasi dan Media Iraq memberi amaran terhadap tindakan yang menggugat moral skuad kebangsaan
  • Pasukan Iraq diundi dalam Kumpulan B bersama Arab Saudi dan Indonesia untuk Kelayakan Piala Dunia 2026
  • Iraq berada pada fasa penting menuju Piala Dunia 2026 dan memerlukan sokongan dari semua pihak
  • Media disarankan untuk mengekalkan profesionalisme dan memberi liputan yang membina
  • Iraq akan memulakan kempen pusingan keempat Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Indonesia pada 12 Oktober dan Arab Saudi tiga hari kemudian



Source link

OR

Scroll to Top