Irfan Zaini sombong?

Irfan Zaini sombong?


Ini pula satu lagi khabar angin yang baru sampai ke telinga Cik Bunga.

Kononnya, ada yang mendakwa Irfan Zaini, sejak dah jadi pelakon dikenali ini dah berubah sikap. Kalau dulu jenis mudah mesra dengan orang, sekarang dah ‘kekwat’, atau bahasa standard orang cakap sombong.

Tahulah dah cipta populariti dengan filem Bloodbrothers, tapi tak akanlah dah sombong pula bukan? Cik Bunga tak tuduh dia begitu sebab kita pun dengar dari cakap-cakap orang industri seni.

Nama pun khabar angin, tak tahulah sahih atau tidak. Menurut sumber, Irfan tak selesa apabila ada peminat nak bergambar dengannya, dan riak wajah tak gemar itu tak dapat disorok Irfan setiap kali ada peminat ajak bergambar.

Kalau benarlah perkara ini, Cik Bunga hampa jugalah dengan sikap Irfan. Iyalah, bukan mudah untuk dikenali dan seseorang artis itu pun naik atau popular kerana sokongan peminat.

Maknanya, kalau tiada sokongan daripada peminat dan orang ramai, buat filem apa pun, berlakon cerita apa pun, tetap orang tak ada yang kisah kalau orang tak bagi sokongan.

Jadi bila dah berada tahap sekarang, janganlah lupa untuk merendah diri dan ingat balik permulaan kita di mana dan bagaimana.

Dah popular tak perlu sombong. Dah popular, ada peminat, hargailah mereka walau sekadar melayan mereka dengan permintaan bergambar sama.

Masa tak popular, tak dikenali, orang tak peduli pun awak siapa. Jadi hargailah peminat yang beri sokongan. Betul tak?





Source link

OR

Scroll to Top