- Adam Shostack akan mengetuai bimbingan tersebut dengan pasukan yang dipilih sendiri, yang direka bentuk untuk membantu meningkatkan kemahiran pemodelan ancaman pelanggan ke peringkat seterusnya.
- Shostack merupakan pakar terkemuka dalam pemodelan ancaman, yang telah menghasilkan Alat Pemodelan Ancaman Microsoft SDL (v3) dan menulis buku Threat Modeling: Designing for Security dan Threats: What Every Engineer Should Learn from Star Wars.
ATLANTA, Oct. 09, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — IriusRisk, sebuah platform Pemodelan Ancaman Terbuka yang terkemuka di dunia, telah mengumumkan perkongsian dengan Shostack + Associates untuk membantu pelanggan membina dan mengekalkan budaya mengutamakan keselamatan melalui pemodelan ancaman yang berkesan.
Sebagai sebahagian daripada perkongsian tersebut, Adam Shostack, perintis, perunding dan penulis tentang pemodelan ancaman, serta pasukannya di Shostack + Associates akan menyampaikan sesi bimbingan bagi membantu pengguna memahami pemodelan ancaman untuk menambah baik reka bentuk selamat, yang akan melengkapi kursus latihan sedia ada tentang cara menggunakan platform pemodelan ancaman automatik IriusRisk.
Bimbingan tersebut akan menawarkan sama ada 1-3 sesi pengajaran langsung dalam tempoh seminggu atau sesi maya mampu diri, dengan fokus untuk memastikan setiap ahli pasukan mempunyai kemahiran teknikal untuk memahami dan melaksanakan pemodelan ancaman serta prinsip Secure By Design. Apabila disampaikan kepada seluruh pasukan, bimbingan tersebut direka bentuk untuk mewujudkan garis dasar yang konsisten antara individu baharu dalam pemodelan ancaman dan individu yang telah belajar melalui perantisan, kursus lain atau mungkin pendekatan belajar sendiri.
Bimbingan tersebut akan membantu pelanggan mengatasi halangan yang kadangkala dihadapi semasa melancarkan pemodelan ancaman, seperti menyelaraskan program dengan matlamat korporat, mentakrifkan peranan dan tanggungjawab dalam program pemodelan ancaman dan menanam pemodelan ancaman ke dalam budaya kejuruteraan sedia ada.
Pasukan Adam akan bekerja bersama dengan pelanggan untuk menentukan metrik, orang, budaya dan proses yang perlu ada untuk menyepadukan pemodelan ancaman ke dalam syarikat mereka dengan jayanya. Dengan melengkapkan kepimpinan dengan bahan, proses dan maklumat yang betul, mereka kemudiannya boleh menyampaikan kembali misi mereka kepada pihak berkepentingan dalaman dengan cara yang sejajar dengan keperluan pihak berkepentingan tersebut.
IriusRisk memperkasakan pembangun, arkitek dan jurutera keselamatan untuk membina perisian selamat pada setiap peringkat Kitaran Hayat Pembangunan Perisian (SDLC). Dengan menyepadukan keselamatan daripada fasa reka bentuk awal dan menjejaki pelaksanaannya melalui rantaian alat pembangunan, platform IriusRisk menangani keperluan kritikal untuk pembangun ‘memulakan sesuatu proses lebih awal’ pada keselamatan, mengurangkan kelemahan reka bentuk dan mengurangkan kos yang berkaitan.
“Kami teruja untuk bekerjasama dengan Adam bagi menyampaikan program bimbingan baharu ini,“ kata Stephen de Vries, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif IriusRisk. “Memandangkan pemodelan ancaman dengan pantas menjadi strategi yang mesti ada untuk pasukan keselamatan dan pembangunan, bimbingan ini melengkapkan pelanggan kami dengan kemahiran penting untuk melaksanakan program pemodelan ancaman yang berjaya dan memperjuangkan nilainya secara berkesan merentas organisasi mereka.”
“Pemodelan ancaman, dalam banyak cara, bukan hanya suatu langkah teknikal untuk pasukan keselamatan dan pembangun – ia merupakan peralihan budaya dalam cara mereka beroperasi. Untuk menguasainya, anda perlu mempunyai maklumat dan alat yang betul,” tambah Adam Shostack. “Itulah sebabnya kami berbangga untuk bekerjasama dengan IriusRisk bagi membantu pelanggan IriusRisk mengatasi masalah awal dalam melaksanakan pemodelan ancaman dan menyampaikan program boleh skala yang berjaya.”
Bimbingan tersebut ditujukan khusus kepada kepimpinan yang memiliki program pemodelan ancaman dalam kedua-dua pasaran Amerika Utara dan antarabangsa.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati https://www.iriusrisk.com/shostack-associates-coaching
Perihal IriusRisk
IriusRisk ialah pemodelan ancaman yang terkemuka di industri dan penyelesaian reka bentuk selamat dalam Keselamatan Aplikasi. Dengan pelanggan perusahaan termasuk bank, penyedia pembayaran dan teknologi Fortune 500, ia memperkasakan pasukan keselamatan dan pembangunan untuk memastikan aplikasi mempunyai keselamatan terbina dalam dari awal – menggunakan platform pemodelan ancamannya yang berkuasa.
Perihal Adam Shostack
Adam ialah penulis Threat Modeling: Designing for Security dan Threats: What Every Engineer Should Learn from Star Wars. Beliau merupakan seorang pakar terkemuka dalam pemodelan ancaman, perunding, saksi pakar dan pereka bentuk permainan. Beliau mempunyai pengalaman berpuluh-puluh tahun dalam menyampaikan keselamatan. Pengalamannya merentas dunia perniagaan dari mengasaskan syarikat permulaan hingga bekerja hampir sedekad di Microsoft.
Perihal Shostack + Associates
Adam Shostack telah memilih sendiri pasukan pakar berdasarkan peranannya sebagai perintis, perunding dan penulis tentang pemodelan ancaman. Beliau ialah pereka bentuk utama untuk Alat Pemodelan Ancaman Kitaran Hayat Pembangunan Keselamatan – alat keselamatan pertama untuk memudahkan pemodelan ancaman bagi pembangun dan arkitek. Adam mengasaskan Shostack + Associates untuk memberi fokus kepada penyampaian latihan, perundingan dan bimbingan mengenai pemodelan ancaman, membawa minda terhebat dalam bidang ini bersama-sama.