Ishikawa 'penyokong tegar' Olimpik

Ishikawa 'penyokong tegar' Olimpik


Paris: Peminat super fanatik temasya Sukan Olimpik dari Jepun, Kyoko Ishikawa hadir di Paris dengan ‘kegilaan’ tersendiri selepas terpaksa menonton Olimpik Tokyo dari rumah tiga tahun lalu ekoran pandemik Covid-19.

Ahli perniagaan berusia 54 tahun itu tidak pernah terlepas mengikuti temasya Olimpik musim panas sejak 1992 sehingga larangan penonton yang dikuatkuasakan disebabkan oleh Covid-19 edisi lalu.

Kini dia menebus kekecewaan itu di bumi Perancis dengan berazam mahu menyebarkan mesej keamanan dan persahabatan Olimpik ke mana sahaja dia pergi.

“Sudah hampir beberapa tahun saya tidak dapat keluar memberi sokongan khususnya buat atlet yang bertanding di Sukan Olimpik.

“Rasanya Olimpik seperti itu akhirnya kembali dan saya sangat gembira,” katanya yang menyewa sebuah pangsapuri di kota Paris itu.

Ishikawa akui membeli 21 keping tiket untuk menyaksikan acara yang berlangsung di Paris dan menegaskan soal wang bukanlah isu besar sebaliknya ia kenangan yang tidak boleh ditukar ganti.

Dia sering tampil dengan gaya berbeza pada setiap acara termasuk menggayakan pakaian unik sekaligus menarik perhatian orang ramai.

Paling mencuri tumpuan apabila Ishikawa memakai pakaian tradisional Jepun ‘hachimaki’.

“Saya gemar memakai pakaian tradisional Jepun kerana ia melambangkan imej dan kebanggaan sebagai rakyat Jepun,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top