Iskandar Ismail Nak Kongsi Wang Kemenangan GV12 Dengan Anak Yatim

Iskandar Ismail Nak Kongsi Wang Kemenangan GV12 Dengan Anak Yatim


Penyanyi dan juga juara Gegar Vaganza musim ke-12 iaitu Iskandar Ismail berkata dia berhasrat berkongsi rezeki wang kemenangannya itu dengan golongan memerlukan.

Memetik mStar Online, Iskandar berkata sebahagian wang RM100,000 tersebut sudah diniatkan untuk disalurkan kepada anak-anak yatim di Singapura atau Malaysia.

BACA: Iskandar Ismail Juara Gegar Vaganza 12, Bawa Pulang RM100,000

“Saya dah berhajat sebenanrya, nak bantu kepada yang memerlukan. Sebahagian daripada hadiah saya nak beri kepada anak-anak yatim.

“Tak kisahlah kalau boleh beri bantuan di Singapura atau Malaysia. InsyaAllah memang doa dan hajat saya untuk lakukan perkara itu.

“Dulu pun saya pernah jadi suara dalam satu pertandingan di Singapura dan saya derma sebahagian wang kemenangan kepada yayasan kanser,” katanya.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top