Ismail Sabri beri keterangan lebih 5 jam

Ismail Sabri beri keterangan lebih 5 jam



am@hmetro.com.my

Putrajaya: Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninggalkan pekarangan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini pada 3.13 petang hari ini.

Ia selepas Ahli Parlimen Bera itu selesai memberi keterangan selama lebih lima jam kepada pegawai SPRM berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengannya.

Ismail Sabri yang menaiki kenderaan berwarna hitam turut melambai kepada wartawan yang menunggu di luar perkarangan bangunan SPRM sejak pagi.

Bagaimanapun, usaha petugas media mendapatkan kenyataan Ismail Sabri tidak berhasil.

Difahamkan, beliau akan menyambung memberi keterangan kepada SPRM pada esok.

Terdahulu, Ismail Sabri tiba di Ibu Pejabat SPRM pada 9.46 pagi susulan siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengannya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, SPRM sudah merekodkan keterangan 36 individu dalam siasatan terhadap kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan Ismail Sabri.

Menurut sumber, 32 saksi dan empat bekas pegawai Ismail Sabri yang ditahan sebelum ini sudah dirakam percakapan.

Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Terdahulu, SPRM dilaporkan menyita wang kira-kira RM170 juta membabitkan mata wang seperti Baht, Riyal, Pound Sterling, Won, Euro, Swiss Franc dan Yuan serta 16 kilogram jongkong emas yang dianggarkan bernilai RM7 juta.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top