Israel penjarakan wartawan dedah kerosakan pangkalan tentera diserang peluru berpandu Iran

Israel penjarakan wartawan dedah kerosakan pangkalan tentera diserang peluru berpandu Iran


TEHRAN – Seorang wartawan dipenjara pihak berkuasa Israel selepas beliau menyiarkan laporan tentang kerosakan besar dialami pangkalan tentera Israel yang diserang dengan peluru berpandu Iran, awal bulan ini.

Pada akhir minggu lalu, Jeremy Loffredo menyiarkan rakaman video di rangkaian YouTube Grayzone, sebuah laman sesawang bebas Amerika Syarikat (AS).

Laporan tersebut memaparkan pihak berkuasa Israel menyembunyikan kerosakan teruk yang dialami pangkalan rejim Zionis akibat operasi ‘True Promise II’.

Pada 1 Oktober lalu Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) melancarkan beratus-ratus peluru berpandu balistik ke pangkalan tentera dan perisikan Israel.

Operasi ‘True Promise II’ dilancarkan sebagai tindak balas pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh; pemimpin Hizbullah, Seyed Hassan Nasrallah dan Komandan IRGC, Abbas Nilforoushan di Beirut.

Bagi menghasilkan video pangkalan tentera Israel diserang Iran, Loffredo yang merupakan wartawan bebas yang berpengkalan di New York mengembara ke wilayah dicerobohi Israel dan mendokumentasikan beberapa kesan di kawasan yang tidak dilaporkan pihak berkuasa Israel, termasuk kawasan berhampiran ibu pejabat Mossad di Tel Aviv.

Pada Rabu lalu, wartawan warga Amerika Syarikat (AS), Max Blumethal mengumumkan di platform X bahawa Loffredo yang merupakan antara beberapa wartawan ditahan pihak berkuasa Israel, lapor Press TV.

“Saya baharu mengetahui bahawa @loffredojeremy antara wartawan yang ditahan tentera israel dan beliau masih dipenjara. Telefon beliau dirampas. Itu sahaja yang saya dapat katakan pada ketika ini,” kata Blumenthal.

Blumenthal berkongsi hantaran daripada wartawan bebas Yahudi Rusia, Andrey X yang melaporkan beliau dipukul dan matanya ditutup oleh tentera Israel sebelum dibawa ke pangkalan tentera dengan empat lagi wartawan.

“Hari ini saya dipukul, diculik, mata ditutup dan dibawa ke sebuah pangkalan tentera oleh tentera penceroboh Israel bersama-sama empat wartawan lain.

“Dua orang daripada kami ditahan selama 11 jam tanpa dakwaan dilakukan, telefon saya dirampas dan salah seorang daripada kami masih ditahan. Berita penuh kelak,” kata Andrey X menerusi akaun X beliau.

Rejim Israel telah mempertingkatkan sekatan terhadap wartawan, khususnya wartawan Palestin, sejak kempen genosid di Gaza pada 7 Oktober 2023.

Setakat ini, Israel telah membunuh lebih 150 wartawan, manakala berpuluh-puluh lagi masih berada dalam penjara. – Agensi

Banyak jet pejuang F-35 Israel musnah dalam operasi ‘True Promise II’ – IRGC



Source link

OR

Scroll to Top