WASHINGTON- Serangan Israel yang menyasarkan pasukan militari Iran adalah tindakan untuk mempertahankan diri, kata Amerika Syarikat pada Jumaat.
Jurucakap Majlis Keselamatan White House, Sean Savett berkata, serangan tersebut adalah susulan kepada serangan misil oleh Tehran, 1 Oktober lalu.
Dalam pada itu, pegawai pertahanan AS yang enggan dinamakan berkata, Amerika Syarikat dimaklumkan berhubung serangan tersebut namun mereka tidak terlibat.
Katanya, beliau tidak tidak tau seberapa banyak maklumat yang dikongsikan Israel berhubung serangan tersebut.- AFP