Istana buat laporan polis akaun TikTok palsu guna gambar Tengku Permaisuri Selangor

Istana buat laporan polis akaun TikTok palsu guna gambar Tengku Permaisuri Selangor


am@hmetro.com.my

Shah Alam: Sebuah akaun palsu di platform aplikasi TikTok yang memanipulasi dan menyalahgunakan gambar Tengku Permaisuri Selangor , Tengku Permaisuri Norashikin menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dikesan.

Menurut kenyataan rasmi di Selangor Royal Office, Pejabat Sultan Selangor dimaklumkan mengenai kewujudan akaun palsu berkenaan dan laporan polis sudah dibuat.

“Satu laporan polis sudah dibuat ke atas akaun berkenaan yang turut dilihat menyalahgunakan gambar individu dan tokoh lain untuk tujuan menipu (scam) pengguna di media sosial.

“Orang ramai dinasihatkan agar lebih berwaspada dan berhati-hati dengan kewujudan akaun palsu seumpamanya di semua laman media sosial dan sentiasa peka dalam memastikan kesahihan informasi sebelum dikhuatiri terpengaruh dengan tipu daya ‘scammers’.

“Laporkan segera kepada pengendali aplikasi berkenaan sekiranya terdapat akaun-akaun yang mencurigakan,” menurut kenyataan rasmi itu hari ini.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan laporan polis itu.

“Ya ada… Pihak Istana Selangor ada di Balai Polis Seksyen 6 sedang membuat laporan polis,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top