Isteri Fizo Omar akui sesi kaunseling adalah satu ruang untuk didengari dan difahami

Isteri Fizo Omar akui sesi kaunseling adalah satu ruang untuk didengari dan difahami


PETALING JAYA: Isteri kepada pelakon Fizo Omar, Fazeera Nazri menyatakan bahawa seseorang individu yang pergi mendapatkan khidmat kaunseling kadangkala bukan disebabkan perkara lain, melainkan hanya mahu diri mereka didengari dan difahami.

Fazeera, 28, berkata, tindakan tersebut diambil oleh golongan berkenaan kerana mereka amat memerlukan sebuah ruang untuk meluahkan perasaan yang terbuku di dalam hati.

“Seseorang itu pergi mendapatkan khidmat kaunseling kadangkala bukanlah disebabkan perkara lain, mahu didengari dan difahami sahaja. Saya ada baca sebuah buku bertajuk bagaimana mahu memenangi hati rakan dan mempengaruhi orang lain.

“Di dalam buku tersebut, terdapat satu petikan daripada seorang doktor yang menyatakan bahawa ia adalah keinginan setiap manusia untuk difahami oleh orang lain. Ramai individu akan mula hilang kewarasan apabila mereka merasakan diri mereka sudah tidak lagi penting dan tidak didengari,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Tambah Fazeera, situasi sukar itu akhirnya menyebabkan mereka berasa semakin tersisih serta mendatangkan kesan buruk kepada emosi sendiri.

“Mereka selalu juga dicop sebagai individu yang terlalu banyak berfikir apabila cuba meluahkan perasaan kepada orang terdekat,” ujarnya.

Untuk rekod, Fazeera telah mendirikan rumah tangga dengan Fizo Omar pada 21 Oktober 2021 dan merupakan seorang bekas pramugari yang berasal dari Sarawak.



Source link

OR

Scroll to Top