Isteri kepada pelawak Achey iaitu Anne membuat kejutan menghadiahkan sebuah motosikal mewah, Harley Davidson buat suaminya.
Menerusi video dikongsikan di Instagram, Anne berkata motosikal tersebut dibeli idea daripada anak mereka, Tiara yang mengatakan bapanya sangat sukakan motosikal.
BACA: Achey Dedah Isteri Pernah Kerja Cleaner, Nak Bantu Lunas Hutang
Menurut Anne lagi, dia meluahkan rasa syukur kerana kejutan buat suaminya itu menjadi serta menyifatkan Achey seorang yang kuat bekerja demi mereka sekeluarga.
“Alhamdulillah suprise menjadi…untuk insan yang sangat kuat bekerja untuk kami sekeluarga..semua sayang dia tapi dia macam tak reti nak sayang diri dia.
“Idea Tiara juga suruh beli motor sebab ayah suka motor. Tergamam Achey bila dapat motosikal idaman dia… Asyik la menyebut-nyebut nak HD, kita diamkan je,” katanya.






