Penyanyi Adira menitipkan nasihat kepada golongan wanita supaya tidak bergantung sepenuhnya kepada suami terutamanya dalam soal kewangan.
Memetik mStar Online, Adira berkata wanita perlu mempunyai kerjaya serta duit sendiri untuk masa hadapan sebagai langkah berjaga-jaga.
BACA: “Adnan…Bila Tak Mampu Beri Bahagia Jangan Hulurkan Sengsara & Sakit Berpanjangan” – Kakak Adira
“Walaupun ada suami dan tidak kisah la bertanggungjawab atau tidak tetapi kena ada satu pemikiran yang kena ada duit sendiri sebab tidak tahu apa akan jadi pada masa depan.
“Tak mahu perkara yang kita tidak mahu itu terjadi. Kalau wanita yang bekerjaya kena tinggal dengan pasangan tidak akan rasa terduduk sebab ada simpanan duit sendiri,” katanya.
Sementara itu, Adira berkata mempunyai duit ataupun kerjaya bukan untuk rasa lebih besar tetapi sebagai persediaan sekiranya ditinggalkan pasangan.
“Bukan nak tunjuk kuasa atau berlagak tetapi sekadar berjaga-jaga malah sebagai isteri kena tahu batas untuk bantu suami itu,”katanya
Sumber: mStar Online






