Isteri Nubhan Dapat Hak Penjagaan Penuh Tiga Anak

Isteri Nubhan Dapat Hak Penjagaan Penuh Tiga Anak

Isteri Nubhan Dapat Hak Penjagaan Penuh Tiga Anak


Isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah meluahkan rasa sukur apabila hak penjagaan tetap terhadap tiga anak berpihak kepadanya.

Memetik Harian Metro, Dr Fie berkata keutamaan adalah pada anak-anak serta berterima kasih kepada Nubhan kerana banyak memberi kerjasama kepadanya untuk mendapatkan hak jagaan penuh anak-anak mereka.

BACA: “Masa AF Lagi Dia Dah Pakai Mendonia” – Dr Fie Kagum Dengan Mawi 

“Alhamdulillah, saya syukur sangat dan amat gembira hari ini. Apa-apa pun keutamaan saya tetap pada anak-anak. Jadi, Alhamdulillah anak-anak saya akan kembali dengan sayalah.

“Selama ini pun, untuk kes (hadanah) ini membabitkan perbincangan antara peguam sahaja,” katanya.

Sementara itu, peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kadir yang mewakili Dr Fie berkata pihak ibu sememangnya layak untuk mendapatkan hak penjagaan anak-anak dan prosiding berjalan lancar.

“Pada pandangan saya, pihak ibu pun mempunyai kerjaya yang baik dan semestinya layak untuk penjagaan anak-anak. Mungkin pandangan itu diambil kira. Pihak bapa pula, selalu keluar bekerja dan sebagainya.

“Kecuali kalau ada kekurangan di pihak ibu, tapi ini kosong. Jadi sebab itu semua berjalan lancar dan hari ini adalah prosiding perbicaraan pertama dan kita sudah selesaikan semuanya,” katanya.

Sumber: Harian Metro






Source link

OR

Scroll to Top