“Isteri Tak Menyanyi Dah, Saya Tak Izinkan”

“Isteri Tak Menyanyi Dah, Saya Tak Izinkan”


Penyanyi Hafiz Suip berkata dia tidak mengizinkan isterinya, Fiona untuk kembali aktif menyanyi kecuali jika ada projek bersama.

Memetik Astro Gempak, Hafiz berkata Fiona sememangnya seorang penyanyi namun dia mahu isterinya memberi fokus kepada rumah tangga mereka.

BACA: Hafiz Suip Selamat Bernikah Dengan Wanita Pilihan Hati, Fiona

“Isteri saya, Fiona memang seorang penyanyi dahulu dan kami berkenalan pun ketika saya mencari penyanyi pengganti Adira untuk Konsert Hafiz Suip-Perjalananku di Kuching pada Oktober 2024.

“Tetapi sekarang apabila sudah bergelar suami isteri, dia tidak menyanyi dah. Saya tak izinkan. Tak bolehlah, biar saya seorang sahaja yang menyanyi.

“Bagaimanapun kalau ada projek menyanyi atau lagu yang kami perlu bekerjasama, insya-Allah boleh,” katanya.

Sementara itu, Fiona berkata dia menghormati keputusan suaminya dan memandangkan dia sudah lama aktif dalam nyanyian, kini dia mahu rehat seketika.

“Saya menyanyi pun sebab dulu pernah menyertai salah satu program realiti, My Starz LG musim kedua disiarkan TV3 pada 2008. Sejak itu, saya aktiflah menyanyi di Kuching, Sarawak.

“Cuma, saya tidak buat album sahaja. Sebabnya pun, saya hanya aktif menyanyi dalam acara-acara hiburan dan majlis makan malam atas undangan.

“Tapi sekarang, buat masa ini saya berehat dulu. Suami pun cakap supaya rehat dulu dan dia tidak benarkan. Jadi, saya hormati saja keputusan itu,” katanya.

Pada 13 Februari lalu, Hafiz kembali sah bergelar suami kepada Fiona dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di sebuah dewan di Petrajaya Kuching.

Sumber: Astro Gempak






Source link

OR

Scroll to Top