Isu disiplin & keselamatan pelajar: Dah bincang, esok kita buat keputusan- PM Anwar

Isu disiplin & keselamatan pelajar: Dah bincang, esok kita buat keputusan- PM Anwar

Isu disiplin & keselamatan pelajar: Dah bincang, esok kita buat keputusan- PM Anwar


Kerajaan akan memutuskan langkah berkaitan isu disiplin dan keselamatan pelajar sekolah esok susulan beberapa insiden serius yang dilaporkan sejak kebelakangan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah berbincang secara ringkas dengan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berhubung perkara itu dan keputusan terperinci akan dibuat dalam mesyuarat Kabinet.

“Kita akan bincang di peringkat Kabinet secara terperinci… tadi saya sudah bincang sedikit dengan menteri (Fadhlina), esok kita buat keputusan,” katanya.

Artikel lain: Kerajaan jamin siasatan kes jenayah di sekolah dijalankan telus, profesional – Saifuddin Nasution

Isu disiplin & keselamatan pelajar

Anwar berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) ke-43 serta mesyuarat dan Forum Perniagaan Tenaga ASEAN 2025 (AEBF-25) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.

Pada Rabu, beliau turut menegaskan kerajaan akan mengambil langkah tegas bagi menangani isu disiplin dan keselamatan di sekolah yang memerlukan intervensi segera.

Sejak akhir-akhir ini, beberapa kes mengejutkan membabitkan pelajar sekolah menjadi perhatian ramai, termasuk kes bunuh di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya serta kes rogol melibatkan pelajar di Melaka dan Kedah.

Turut membimbangkan ialah peningkatan kes buli di sekolah apabila data Kementerian Pendidikan menunjukkan sebanyak 7,681 kes direkodkan tahun lalu, meningkat berbanding 6,528 kes pada 2023.

Sumber: BERNAMA





Source link

OR

Scroll to Top